Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kenali Rupa Bentuk Plag Dan Soket Yang Digunakan Di Seluruh Dunia

Kenali Rupa Bentuk Plag Dan Soket Yang Digunakan Di Seluruh Dunia

Diterbitkan September 14, 2019 oleh Haikel Areff

Dengan adanya lebih daripada 15 jenis plag dan soket dinding digunakan di seluruh dunia, perkara asas yang perlu dilakukan sebelum melancong ke luar negara adalah mengenal pasti penyambung mana yang harus kita bawa. Bak kata pepatah, lain lubuk, lain ikannya, begitu jugalah dengan plag dan soket. Walaupun berbeza daripada segi bentuk namun fungsi yang diberikan masih sama.

Kenali Rupa Bentuk Plag Dan Soket Yang Digunakan Di Seluruh Dunia

 

Mengapa munculnya pelbagai jenis plag ini? Pasti ada pengaruh daripada beberapa faktor.

Reka bentuk tersendiri

Pada satu masa dahulu, negara-negara lain hanya dapat memilih untuk menggunakan plag jenis standard Amerika. Namun pada hari-hari awal adanya tenaga elektrik, kebanyakan negara memutuskan untuk mereka bentuk plag standard yang tersendiri. Keputusan mereka boleh diterima pakai kerana plag jenis-A Amerika masih tidak stabil ketika itu.

Plag standard

Kalau nak diikutkan, masih boleh menjadi realiti untuk semua negara menggunakan satu plag standard. Selama bertahun-tahun, Jawatankuasa Teknikal Elektro Antarabangsa telah mencuba untuk mereka bentuk dan melaksanakan plag standard ini. Namun bagaimanapun, pengaruh politik dan ekonomi secara tidak langsung yang menjadi penghalang kepada perkara ini untuk menjadi kenyataan.

Kuasa elektrik

Munculnya jenis plag dan soket yang berbeza-beza ini juga atas pengaruh aliran kuasa elektrik yang berlainan dan sistem penyelarasan negara itu sendiri terhadap plag dan soket yang digunakan.

Jadi, jom kita kenali jenis-jenis plag dan soket dinding di dunia.

CARA BERLIBUR_1A
Jenis A – Jepun, Amerika Syarikat, Mexico, dan Kanada.
CARA BERLIBUR_1B
CARA BERLIBUR_2A
Jenis B – Jepun, Amerika Syarikat, Mexico, dan Kanada.
Kenali Rupa Bentuk Plag Dan Soket Yang Digunakan Di Seluruh Dunia
Kenali Rupa Bentuk Plag Dan Soket Yang Digunakan Di Seluruh Dunia
Jenis C – Eropah, Amerika Selatan dan Asia.
CARA BERLIBUR_3B
CARA BERLIBUR_4A
Jenis D – India.
CARA BERLIBUR_4B
CARA BERLIBUR_5B
Jenis E – Republik Czech, Perancis, Belgium, Poland, dan Slovakia. 
CARA BERLIBUR_5A
CARA BERLIBUR_6A
Jenis F – Eropah dan Russia.
CARA BERLIBUR_6B
CARA BERLIBUR_7A
Jenis G – Malaysia, Britain, Ireland, Malta dan Singapura.
CARA BERLIBUR_7B
CARA BERLIBUR_8A
Jenis I – Australia, China, New Zealand dan Argentina.
CARA BERLIBUR_8B
CARA BERLIBUR_9A
Jenis J – Switzerland, Liechtenstein dan Rwanda.
CARA BERLIBUR_9B
CARA BERLIBUR_10A
Jenis K – Denmark dan Greenland.
CARA BERLIBUR_10B
CARA BERLIBUR_11A
Jenis L – Itali dan Chile.
CARA BERLIBUR_11B

 

Sumber: Medium 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY