Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kenali Personaliti Anda Berdasarkan Jenis Telefon Yang  Anda Gunakan

Kenali Personaliti Anda Berdasarkan Jenis Telefon Yang Anda Gunakan

Diterbitkan September 7, 2016 · Dikemas kini Oktober 23, 2016 oleh Helmi Samsuri
Kenali Personaliti Anda Berdasarkan Jenis Telefon Yang  Anda Gunakan
Menurut kaji
selidik sebuah universiti,personaliti seseorang dapat dilihat melalui jenis
telefon pintar yang digunakan. Penyelidik dari University of Lincoln
berpendapat bahawa seseorang yang menggunakan Google Android lebih jujur dan
merendah diri daripada mereka yang memilih iPhone.
Heather Shaw
dari Fakulti Psikologi University of Lincoln bersama penyelidik yang lain telah
menjalankan suatu kajian antara pengguna telefon pintar iPhone dan juga
Android. Untuk kaji selidik yang pertama, seramai 240 orang telah mengambil
bahagian dengan menjawab beberapa soalan. Keputusan dari kaji selidik yang
pertama itu mendapati pengguna Android mempunyai tahap kejujuran dan  sikap rendah diri yang tinggi. Mereka juga
dilihat sebagai seorang yang baik hati, lebih terbuka dan kurang bersifat
extrovert (sifat yang cenderung membuka diri dengan dunia luar) berbanding
pengguna iPhone.
Kaji selidik
kedua pula adalah ujian stereotaip keatas ciri personaliti seseorang. Kali ini
ia melibatkan lebih ramai peserta dimana 500 pengguna telefon pintar diberikan
set soalan yang berbeza dari kaji selidik yang pertama. Keputusannya tetap
memihak kepada pengguna Android seperti kaji selidik yang pertama.

Shaw berkata: “Pemilihan
telefon pintar merupakan perkara paling asas dalam melihat personaliti
seseorang. Bayangkan jika kami membuat kaji selidik yang lebih mendalam seperti
jenis aplikasi apa yang dimuat turun. Pasti lebih banyak hasil yang akan
ditemui.” 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY