Kenali 5 'Streamers' Terbaik PlayerUnknown's Battlegrounds (PUBG)

Penggemar permainan video hari ini bukan sahaja cuma menumpukan kepada bermain sahaja, mereka kini gemar untuk meluangkan masa mereka dengan menonton penstriman video yang disiarkan secara langsung oleh pemain-pemain professional kebanyakkan.

Seperti juga pasukan bola sepak, penggemar permainan video selalunya akan memiliki saluran kegemaran mereka tersendiri. Jadi, hari ini kami akan kongsikan lima saluran penstriman terbaik  untuk tontonan anda. Pada kali ini, kami akan membincangkan berkenaan penstriman permainan PUBG terlebih dahulu.

TSM_Viss



TSM_Viss atau nama sebenarnya Colton Visser merupakan pemain bagi pasukan Team SoloMid yang berasal dari Amerika Syarikat. Beliau mempunyai lebih kurang 407,500 pengikut di laman Twitch yang menempatkan di tempat ke-lima dalam senarai penstrim paling popular ketika ini.

Walaupun tidak mencapai kejayaan yang mengagumkan bersama pasukan SoloMid, beliau semakin mendapat pilihan di hati peminat penstriman pagi permainan PUBG. Sering membawa watak slumber semama bermain, beliau berjaya berkomunikasi dengan baik bersama skuad dan penonton dalam masa yang sama ketika bermain.

Chad



Chad Goff atau lebih dikenali sebagai Chad mula popular apabila melakukan siaran penstriman bagi permainan Rocket League di laman Twitchnya sebelum ini. Laman Twitch Chad diikuti oleh lebih 309,000 orang peminat.

Namun, beliau mempunyai strateginya tersendiri untuk menarik penonton. Chad akan seringkali memberikan hadiah percuma dalam bentuk set PGI bagi permainan berkenaan. Chad juga sering bermain bersama Shroud namun berlaku sedikit masalah di antara mereka beberapa bulan lalu.

Just9n



Justin Ortiz(Just9n) pada mulanya adalah seorang pemain professional permainan Counter Strike : Global Offensive dan pernah mewakili beberapa pasukan berbeza seperti Muffin Lightning dan NRG Esports. Kini, beliau sudah bersara dari menyertai mana-mana kejohanan dan menjadi penstrim sepenuh masa.

Akaun Twitch beliau mempunyai seramai lebih 202,000 pengikut dan jumlah tontonan yang beliau perolehi adalah pada purata 1000 tontonan bagi setiap video. Beliau juga sering berkomunikasi dengan skuadnya dan memberi beberapa tips bermain semasa membuat siaran. Dengan skill yang dimiliki hasil bermain CSGO sebelum ini, ternyata beliau tiada masalah untuk bermain PUBG dengan sangat baik.

DrDisRespectLive



Mahu menonton penstriman yang lawak dan tegang pada masa yang sama? Kami cadangkan anda ikuti laman Twitch DrDisRespect atau nama sebenarnya Guy Beahm ini. Dengan gayanya yang tersendirim tidak hairanlah beliau mempunyai lebih dari dua juta pengikut di Twitch.

Selain PUBG, Beahm juga bermain pelbagai permainan ber-genre shooter yang lain seperti Battlefield, Fortnite dan Realm Royale. Bakat beliau memang pada permainan sebegitu dan sebab itulah beliau menyara kehidupannya dengan menjadi penstrim sepenuh masa sahaja.

Shroud



Satu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi dalam dunia penstriman permainan video. Michael “Shroud” Grzesiek merupakan pemain bertaraf lagenda bagi peminat CSGO dimana beliau mencipta nama bersama pasukan terkemuka, Cloud 9.

Terkenal sebagai seorang pemain yang sangat agresif, beliau bagaimanapun telah tersilap langkah baru-baru ini. Shroud telah dihalang dari menyiarkan penstriman di laman Twitch selama 30 hari selepas didakwa bermain PUBG bersama penggodam atau hacker.

Untuk maklumat anda, senarai di atas adalah menurut pandangan kami di pihak Wiser sahaja. Anda dialu-alukan untuk mencadangkan akaun penstrim yang anda minati di laman komen kami.

Berkaitan