Kenal Pasti Sekiranya Privasi iPhone Anda Sedang Diceroboh

Kepada pengguna iPhone, berikut kami kongsikan cara untuk mengenalpasti sekiranya fungsi kamera ataupun mikrofon peranti sedang diakses tanpa pengetahuan anda.

Pertama sekali untuk kenalpasti sekiranya fungsi kamera terbuka tanpa pengetahun anda, perhatikan pada bucu sebelah kanan atas layar. Sekiranya terdapat titik kecil berwarna hijau, bermakna fungsi kamera sedang digunakan.



Untuk akses pada fungsi mikrofon pula, lampu berwarna oren akan muncul pada tempat yang sama.



Kedua-dua simbol warna ini hanya muncul apabila fungsi mikrofon atau kamera sedang aktif. Usah risau jika ia menyala ketika anda sedang gunakan fungsi kamera atau mikrofon.

Melaluinya, anda dapat mengenal pasti sekiranya terdapat aplikasi yang mengakses kamera atau mikrofon anda tanpa pengetahuan anda.

Sebelum ini terdapat laporan mendakwa Instagram mengintip pengguna melalui kamera hadapan tanpa pengetahuan pengguna.

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

Berkaitan