Kenal pasti "Lightning Cable" Apple Tiruan

Penggunaan barangan asli adalah  sangat mustahak, terutamanya bagi barangan elektrik. Penggunaan aksesori FAKE adalah antara punca Hardware iPhone anda cepat rosak seperti Battery drain & LCD Screen blank.

Cuba bayangkan kabel tiruan yang tiada standard amount of electric current (Ampere) flow di sambungkan kepada iPhone anda ? Sedikit sebanyak akan menjejaskan kondisi peranti tersebut. Kepada anda yang ingin membeli Lightning cable untuk iPhone, pastikan anda semak terlebih dahulu ciri - ciri berikut.

1. Pada bahagian kabel

7 inci daripada penyambung USB kabel tulen akan tertera perkataan "Designed by Apple in California" disusuli dengan "Assembled in China," "Assembled in Vietnam," atau "Indústria Brasileira".



 

2. Pada bahagian penyambung

Sekiranya tulen, maka anda akan dapati penyambungnya mempunyai jalur besi keemasan yang smooth ataupun tiada sebarang kecacatan apabila diperhatikan

   

pada bahagian besinya pula akan berwarna Gray/Metallic

             

Ketebalan dan saiznya juga adalah konsisten untuk semua penyambung tulen  (7.7 mm x 12 mm)

    

 

3. Penyambung USB

Penghubung USB yang asli daripda Apple akan mempunyai penyambung besi yang berbentuk trapezoid, manakala bagi yang tiruan kebiasaannya akan berbentuk segi empat sama ataupun bentuk selain trapezoid.

           

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripda kami kali ini, semoga bermanfaat.

 

 

 

 

Berkaitan