Kenal Pasti Kawasan "Signal" Internet Paling Kuat Dalam Rumah

Pastinya selalu terjadi penerimaan isyarat internet 4G ataupun 3G yang sangat lemah ketika berada dalam bangunan mahupun rumah. Masalah ini terjadi disebabkan gelombang yang membawa isyarat tersebut tidak dapat menembusi dinding bangunan yang tebal, sudah semestinya masalah ini akan menjengkelkan pengguna peranti pintar.

Berikut kami kongsikan cara mudah untuk menegnal pasti kawasan dalam rumah dengan isyarat internet paling kuat.

Apa yang perlu dilakukan ialah dengan menyemak kekuatan isyarat dbm pada bahagian tetapan peranti pintar anda.

Kepada pengguna iPhone anda boleh sahaja memasukkan kod 3001#12345# dan tekan butang dail.



manakala untuk pengguna peranti Android anda boleh masuk ke menu berikut,

Setting > About Phone > status > SIM Status


Setelah memasuki paparan tersebut, sekiranya isyarat menunjukkan -100 dBm keatas maka isyarat internet dikawasan tersebut adalah buruk. Apa yang perlu anda lakukan ialah dengan berjalan disekitar rumah sehingga mendapatkan penyata isyarat yang menghampiri -70 dBm untuk mendapatkan kualiti internet yang terbaik.



 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini. Semoga bermanfaat.