Kenal Pasti 5 Pencetak Terbaik Bagi Kegunaan Anda Di Rumah

Pencetak adalah satu peranti yang boleh dikatakan agak penting untuk dimiliki bukan sahaja di pejabat tetapi juga di rumah pada hari ini. Penggunaan pencetak pada hari ini tidak terhad kepada cetakan berkaitan tugas kerja sahaja, malah cetakan kad hari jadi, artikel pembacaan, bahan pendidikan kanak-kanak dan pelbagai lagi kini boleh dilakukan dari rumah. Dengan adanya pencetak di rumah, tidak ada keperluan untuk ke kafe siber lagi.

Akan tetapi harga pencetak yang agak tinggi menjadikan peranti ini sering dianggap sebagai satu pembaziran oleh pengguna yang hanya sekali-sekala menggunakan pencetak. Tambahan pula, saiz kebanyakkan pencetak boleh dikatakan sedikit besar dan akan memakan ruangan di rumah. Oleh itu, disini kami akan membantu anda untuk mengenalpasti lima(5) pencetak terbaik untuk anda miliki di rumah.

1.HP Deskjet 3630



Pencetak keluaran HP ini boleh dikatakan antara pencetak terbaik untuk dimiliki di rumah. Dengan saiz yang agak kecil, peranti ini tidak akan menggunakan ruang yang banyak dan mungkin boleh diletakkan di atas meja komputer anda sahaja. Peranti ini juga boleh dihubungkan dengan peranti telefon pintar dan tablet selain daripada komputer riba serta PC. Harga pencetak ini di pasaran Malaysia adalah sekitar RM 450 sahaja.

Pencetak ini boleh mencetak dokumen pada jenis kertas A4, A5, A6, B5, Borderless A4, Borderless A5 dan Borderless B5. Selain itu, dulang kertas bagi pencetak ini boleh memuatkan sehingga 60 helai kertas. Namun, harga dakwat bagi Deskjet 3630 ini boleh dikatakan agak mahal berbanding pencetak yang lain.

2. Canon Pixma TS8070



Canon Pixma TS8070 merupakan sebuah pencetak serbaguna yang agak mahal dari segi harga peranti serta kos penggunaannya. Harga pencetak ini adalah sekitar RM 850 di pasaran Malaysia. Namun ianya tidak hanya berfungsi sebagai pencetak, namun turut boleh digunakan sebagai pengimbas. Saiz peranti ini juga agak kecil dan mempunyai berat cuma sekitar 6.7 kg sahaja. Selain itu, pencetak ini turut menggunakan skrin sesentuh sebagai alat kawalan operasinya.

Pixma TS8070 ini mampu mencetak sehingga 15 cetakan hitam seminit, manakala untuk cetakan warna pula ia boleh mencetak sehingga 10 helai cetakan setiap minit. Dulang kertas bagi pencetak ini pula berkapasiti sehingga 100 helai kertas, maka pengguna tidak perlu menambah kertas dengan kerap. Jenis cetakan yang disokong oleh peranti ini ada A4, A5, B5 dan juga DL (Envelope) selain turut boleh mencetak kulit cakera padat(CD).

3. HP Envy 5540



Pencetak HP Envy 5540 yang merupakan pencetak semua-dalam-satu ini adalah satu peranti yang wajib dimiliki oleh mereka yang terpaksa membawa tugasan kerja ke rumah atau mereka yang mahukan kemudahan yang serupa dengan yang dimiliki di kafe siber. Ini kerana ia bukan sahaja boleh mencetak atas kertas dan mengimbas tapi ia turut dikatakan mampu untuk mencetak imej foto dengan kualiti yang baik.

Selain itu, pencetak ini juga menyokong fungsi hubungan tanpa wayar, Wifi Direct dan Airprint Wireless Printing serta turut menyokong hubungan dengan peranti telefon pintar dan tablet. Tambahan pula, HP Envy 5540 ini menawarkan fungsi cetakan dua sisi automatik yang menjimatkan masa anda. Ia mampu mencetak sehingga 22 cetakan seminit dan harganya bagi pasaran tempatan ialah sekitar RM 950.

4. Epson EcoTank ET-4550



Anda seorang guru atau pensyarah? Atau anda adalah seorang pelajar di institusi pendidikan tinggi? Maka pencetak Epson EcoTank ET-4550 adalah pencetak yang amat sesuai dengan anda. Walaupun harga pasarannya di Malaysia adalah tinggi iaitu sekitar RM 4,000 namun kos penggunaannya adalah rendah. Ini kerana pencetak ini mempunyai ciri EcoTank yang akan memberi penjimatan sehingga 80% kepada pengguna apabila menukar dakwat yang menggunakan botol kos rendah.

Selain kemampuan yang sama seperti pencetak yang lain, kelebihan memiliki Epson EcoTank ET-4550 ialah pihak Epson akan memberi anda bekalan dakwat yang mampu bertahan sehingga selama dua tahun (~11,000 cetakan) secara percuma semasa anda membeli pencetak ini. Maka, peranti pencetak ini akan memberi penjimatan kepada anda dalam penggunaan jangka masa panjang.

5. HP Deskjet 2130

 



HP Deskjet 2130 merupakan sebuah pencetak yang tidak akan menelan kos yang tinggi. Dengan harga sekitar RM 650, peranti ini boleh dikatakan antara yang terbaik pada kelas harga sedemikian. Kebolehan untuk mencetak imej dengan kualiti yang memuaskan walaupun tidak mencapai kualiti professional antara yang menarik perhatian pemerhati. Mereka turut mendakwa pencetak ini sebagai mudah dipasang dan digunakan.

Selain daripada mencetak dokumen hitam dan warna, pencetak ini turut menyokong fungsi pengimbas dan juga fotokopi. Ia mampu mencetak cetakan hitam pada kelajuan 20 muka surat per minit serta saiznya yang tidak terlalu besar dan berat sekitar 3.5 kg membuatkan pencetak keluaran HP ini sangat sesuai untuk dimiliki di rumah.

Sumber

Berkaitan