Kenal Pasti 5 Bank Kuasa Terbaik Untuk Kegunaan Harian Anda

Bank kuasa atau power bank merupakan antara inovasi paling berguna yang dihasilkan dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Pertama kali diperkenalkan di Las Vegas International Consumer Electronic Show pada tahun 2011, ia menjadi semakin penting dalam kehidupan manusia pada zaman sekarang.

Seiring dengan lambakan telefon pintar yang berada di pasaran hari ini, bank kuasa juga mempunyai banyak pilihan dari segi ciri dan keupayaan untuk dipilih oleh pengguna. Kapasiti kuasa yang boleh disimpan bukanlah satu-satunya perkara yang diambil kira semasa memilih bank kuasa yang ingin dimiliki.

Jadi, dalam kiriman pada kali ini kami akan bantu anda untuk memilih lima bank kuasa terbaik untuk kegunaan anda. Untuk maklumat anda, senarai yang kami sediakan ini adalah tidak mengikut sebarang urutan.

1.Xiaomi Powerbank 2C 20,000 mAh



Peranti ini hadir dengan kapasiti kuasa yang besar iaitu sebanyak 20000mAh. Ia mempunyai 2 port USB yang mampu mengecas sehingga 18W serta menyokong fungsi pengecasan pantas, Quick Charge 3.0. Bank kuasa ini juga untuk menyokong pengecasan pada 5.1V/2.4A, 9V/2A, dan 12V/1.5A. Ia dijual pada harga RM 109.

2. Aukey PB-T11 V2 30000 mAh



Bank kuasa dengan kapasiti gergasi 30,000 mAh ini dijual pada harga RM 197. Aukey PB-T11 V2 ini merupakan sebuah bank kuasa yang menerima persijilan Qualcomm Quick Charge 3.0 untuk memastikan peranti anda dapat dicas semula dengan lebih cepat. Ia juga mempunyai sambungan kabel Apple Lightning dan hadir dengan fungsi lampu suluh.

3. Xiaomi Mi Powerbank 10000 mAh Pro 



Ia merupakan bank kuasa yang baru dilancarkan oleh Xiaomi pada tahun ini. Oleh sebab itu, Xiaomi Mi Powerbank Pro ini turut menyokong sambungan USB Type-C sesuai dengan kebanyakkan peranti keluaran tahun ini. Ia juga menyokong fungsi pengecasan pantas dan cuma mempunyai berat sekitar 210g sahaja. Peranti ini dijual pada harga cuma RM 99.

4. Mophie Powerstation Plus XL 12,600 mAh



Walaupun harga jualan bagi bank kuasa ini adalah agak tinggi iaitu RM 483.90, ia merupakan sesuatu yang berbaloi untuk dimiliki. Hadir dengan built-in cable untuk sambungan USB Type-B dan Lightning, anda tidak perlu membawa kabel yang berasingan lagi. Ia juga menerima dinilai sebagai bank kuasa paling efisien oleh PC World.

5. Lenovo Solar Powerbank 20,000 mAh



Bank kuasa keluaran Lenovo ini agak berbeza dengan bank kuasa lain pada senarai ini. Ia boleh dicas dengan menggunakan tenaga solar atau cahaya matahari sahaja tanpa memerlukan sambungan elektrik. Dijual dengan harga sekitar cuma RM 55, hadir dengan kapasiti kuasa 20,000 mAh, ia bank kuasa yang amat berbaloi untuk dimiliki.

Semua harga yang dinyatakan adalah diperolehi dari laman laman sesawang Lazada dan ia merupakan harga pasaran semasa ketika artikel ini ditulis. Semoga kiriman ini dapat membantu anda dalam memilih bank kuasa terbaik untuk kegunaan harian anda.

Berkaitan