Kemungkinan Besar Ini Adalah Senarai Harga iPhone Xs, Xs Max dan XR Bagi Pasaran Malaysia

Apple telah memperkenalkan tiga model iPhone baru untuk tahun ini iaitu iPhone Xs, iPhone Xs Max dan iPhone XR. Berikutan itu, ia telah pun mula dipasarkan di beberapa buah negara sejak beberapa minggu yang lepas. Bagi Malaysia pula, ia dijangka tiba sedikit lewat berbanding negara lain memandangkan kita tidak mempunyai Apple Store rasmi di negara ini.

Walaubagaimanapun, beberapa pengedar atas talian dilihat telah pun menyenaraikan peranti-peranti berkenaan pada kedai mereka di laman 11street. Penyenaraian tersebut adalah dibuat bagi pra-tempahan.



Berikut merupakan senarai penuh bagi setiap model dan variasi simpanan dalaman yang telah tersenarai di laman 11street :

iPhone Xs Max

  • 64 GB     -  RM 5,399

  • 256 GB   -  RM 6,099

  • 512 GB    -  RM 7,049


iPhone Xs

  • 64 GB    -   RM 4,999

  • 256 GB  -   RM 5,699

  • 512 GB   -   RM 6,649


iPhone XR

  • 64 GB    -   RM 3,599

  • 128 GB   -   RM 3,849

  • 256 GB   -   RM 4,299


Semua harga dan model yang disenaraikan di atas adalah bagi set original Malaysia dari kedai atas talian Titanz Online. Semua iPhone yang telah di-pra-tempah akan mula dihantar kepada pembeli oleh pihak kedai pada 29 Oktober nanti.

Perkara ini sekaligus memungkinkan bahawa ketiga-tiga model iPhone ini akan tiba di Malaysia pada akhir bulan ini, termasuk di kedai pengedar premium rasmi Apple, Machines Malaysia.

 

Sumber :  11street   SoyaCincau