Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Perkhidmatan Pemasangan Dan Penyelenggaraan Internet Kini Dibenarkan Di Zon Hijau

Kemudahan Internet Untuk Orang Asli Tidak Dipinggirkan

Diterbitkan Disember 6, 2020 oleh ariff bukhari

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyatakan bahawa kemudahan telekomunikasi di perkampungan orang asli di negara ini tidak dipinggirkan.

Malah SKMM sentiasa berusaha menambah baik capaian internet untuk masyarakat orang asli khususnya generasi muda, tidak ketinggalan dalam era yang serba serbi digital.

SKMM memaklumkan, sehingga Oktober 2020, sejumlah 61 menara telekomunikasi telah dibangunkan dan memanfaatkan lebih ramai masyarakat orang asli di seluruh negara.

Malah jumlah itu ditambah di mana sebanyak 8 lagi menara sedang dibina yang dijangka siap secara berperingkat bermula suku pertama 2021 nanti. Ia termasuklah menara di Pos Lemoi dan Pos Kg Telimau di Cameron Highlands, Pahang.

Sebelum ini Menteri Komunikasi dan Multimedia memberitahu bahawa sejumlah 85 menara baharu dengan perkhidmatan 4G akan dibina di 136 perkampungan orang asli di seluruh negara bermula pada suku kedua 2021 melalui pelan JENDELA fasa 1.

SKMM sebagai badan yang bertanggungjawab pelaksanaannya akan memastikan segala perancangan yang telah diatur dalam pelan JENDELA itu akan berjaya merapatkan jurang digital yang wujud antara masyarakat bandar, pinggir bandar dan luar bandar di negara ini.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MyCERT Saran Pengguna iPhone Kemas Kini iOS 27.2 Dengan Segera
  • Microsoft Patenkan AI Yang Boleh Ubah Kata-Kata Ikut Gerak Bibir Dan Ekspresi Wajah Secara Langsung Dalam Video
  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
©2026 WISER.MY