Kempen Energizer Power Max P18K Pop Pada Platform Indiegogo Gagal Dapat Sambutan

Antara peranti yang berjaya mencuri tumpuan ketika berlangsungnya acara MWC 2019 di Barcelona Februari lalu adalah Energizer Power Max P18K Pop.



Menariknya peranti ini bukan sahja disebabkan rekaannya yang tebal itu tetapi kapasiti bateri yang dimuatkan didalamnya iaitu 18,ooomAh.

Dilesenkan kepada Avenir Telecom, syarikat itu telah menjalankan kempen peranti ini pada platform Indiegogo dan nilai sasaran ditetapkan pada $1.2 juta.

Namun begitu, kempen tersebut hanya berjaya meraih $15,005 sahaja iaitu melebihi 1% dari jumlah yang dirancang. Menurut kenyataan yang diberikan kepada laman Android Authority, walaupun ia tidak mencapat matlamat, Avenir Telecom akan berusaha untuk memperbaiki P18K (reka bentuk, ketebalan dan lain-lain) dimana mereka percaya, minat terhadap peranti dengan kapasiti bateri semakin meningkat disamping boleh menjadikannya sebagai powerbank.

Memiliki peranti dengan kapasiti besar sememangnya impian semua pengguna masa kini tetapi ia sangat merumitkan untuk mengusung peranti dengan reka bentuk sebegitu rupa.

Sumber: Android Authority