Kempen Bonanza Dari TM - Harga Promosi Bagi Streamyx 8Mbps (RM89) Dan UniFi Advance 30Mbps (RM139)

TM difahamkan tampil dengan satu promosi yang menawarkan harga menarik bagi pelan-pelan internet mereka, UniFi dan juga Streamyx. Promosi yang dipanggil sebagai Kempen Bonanza itu memperlihatkan potongan harga seperti dibawah;

UniFi

  • Unifi Lite 10Mbps – RM129

  • Unifi Advance 30Mbps – RM139 RM 199

  • Unifi Advance Plus 50Mbps – RM189 RM 249

  • Unifi Pro 100Mbps – RM239  RM 329


Streamyx Broadband

  • Streamyx Broadband 1Mbps – RM68 RM 110

  • Streamyx Broadband 2Mbps – RM83 RM 130

  • Streamyx Broadband 4Mbps – RM88 RM 140

  • Streamyx Broadband 8Mbps – RM89 RM 160


Foto iklan promosi ini telah dilihat tersebar di laman Lowyat forum, dan difahamkan ia didapati dari TM Point di Kemaman Terengganu.

Selain daripada itu, harga yang ditawarkan itu hanyalah untuk 24 bulan  dari pendaftaran dibuat dan ini bermakna selepas tempoh itu, harga asal akan dikenakan kepada pelanggan.

Kempen Bonanza dikatakan telah bermula dan bakal tamat pada 31 Disember 2017. Promosi ini juga mungkin hanya ditawarkan dibeberapa lokasi terpilih sahaja. Untuk makluman lanjut anda boleh menghubungi TM Point berhampiran.

Sumber: Lowyat