Kementerian Kesihatan Mahu Laksana Teknologi AI Untuk Perkasakan Sektor Penjagaan Kesihatan

Teknologi kecerdasan buatan atau AI mampu membawa manfaat ke pelbagai bidang, diantaranya ialah sektor perubatan dan kesihatan.

Bagi meningkatkan lagi sektor penjagaan kesihatan negara, Kementerian Kesihatan dilapor akan melaksanakan teknologi AI bagi memperkasakan sektor itu.

Bagi tujuan tersebut, KKM dikatakan sedang mengadakan perbincangan dengan pakar teknologi AI.

Menurut Menteri KKM didalam laporan Bernama, teknologi AI bakal digunakan untuk memerangi denggi, juga mengenal pasti tempoh masa menunggu bagi sesuatu perkhidmatan kesihatan.

Beliau juga mengakui teknologi AI tidak dapat menandingi kepakaran manusia, tetapi ia merupakan pemudah cara untuk sesuatu yang baru.

Ini merupakan perkembangan yang menarik bagi negara kerana sektor kesihatan, perlu sentiasa  berada dalam tahap yang terbaik seiring dengan teknologi moden.

Sumber: Bernama

Kredit foto: Robert Pearl