Kementerian Belia dan Sukan Bakal Wujudkan Liga E-Sukan

Beberapa tahun kebelakangan ini, arena e-sukan sudah mula menarik perhatian ramai terutama golongan muda dan kita boleh lihat pelbagai kejohanan dan pertandingan diadakan melibatkannya.

Sebagai salah satu langkah meningkatkan lagi industri ini, KBS melalui menterinya, YB Syed Saddiq telah menyatakan liga e-sukan bakal diwujudkan sepertimana yang dilaporkan oleh portal berita tempatan, NST.

Menurutnya lagi, liga itu akan dipertandingkan dipelbagai peringkat dan ia mampu menjadi platform bagi mempersiapkan pemain untuk kejohanan diperingkat antarabangsa.

Walaubagaimanapun, YB Syed Saddiq masih belum mengumumkan bila liga e-sukan ini akan berlangsung dimana, kementeriannya kini memberi fokus terhadap persiapan pemilihan atlet e-sukan bagi mengharungi Sukan SEA 2019 di Filipina.

Antara permainan yang bakal dipertandingkan di temasya sukan Asia Tenggara itu adalah DOTA 2, Starcraft 3, Arena of Valor, Mobile Legend, Tekken dan NBA 2k19.

Sumber: NST