Kembalikan Fail Pada Android Dengan Kaedah "Recycle Bin"

Semestinya kita sebagai manusia tidak terkecuali daripada melakukan kesilapan. Admin yakin ramai diantara kita yang terpadam fail dalam peranti pintar secara tidak sengaja ataupun ingin mendapatkan kembali fail yang telah hapus.

Apapun dengan kaedah ini anda tidak perlu risau lagi sekiranya ingin memadam fail seperti video, audio dan sebagainya, kerana ianya akan dapat diperolehkan kembali.

Caranya sangat mudah, ikuti sahaja langkah-langkah berikut.

Apa yang perlu anda lakukan ialah dengan memasang aplikasi Dumpster daripada Playstore.

Setelah itu cuba padam mana-mana fail dan masuk ke apliaksi tersebut, tunggu sehingga ianya siap memulihkan fail yang telah di padam.



Apabila selesai di proses maka fail yang telah dipadam akan muncul pada aplikasi tersebut. Apa yang perlu dilakukan ialah dengan klik pada nama fail tersebut



 

dan pilih fungsi Restore.



Selesai sudah, sekarang fail tersebut sudah dapat diakses kembali. Sangat mnenarik bukan? Aplikasi ini banyak mendapat maklum balas positif daripada penggunanya



Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, selamat mencuba.