Kemaskini Windows 10 Kini Hampir Siap Selepas Versi Terdahulu Yang Kontroversi

Kemaskini untuk Windows 10 mungkin semakin menghampiri selepas Microsoft telah mengeluarkan Insider Preview (Build 17763.104) untuk tujuan ulasan kepada penguji mereka. Selepas semuanya nampak baik, kemaskini penuh bakal menemui pengguna melalui Windows Update dalam bentuk fail ISO.

Kemaskini Windows 10 Oktober 2018 terpalit dengan isu kontroversi sebelum ini yang menyebabkan fail-fail pengguna mereka terpadam sendiri. Microsoft mengakui kelemahan tersebut dan telah menarik balik kemaskini tersebut.

Sejak itu, Microsoft berusaha membaiki pepijat yang menganggu proses kemaskini mereka. Antara masalah lain pula adalah isu driver audio yang Microsoft merasakan hal itu sepatutnya disalahkan kepada pihak Intel dan juga papan kekunci HP dimana pengguna mengalami skrin biru (BSOD).