Kemaskini Windows 10 19H1 Akan Mudahkan Pengguna Memahami Mesej Ralat

Selama anda menggunakan komputer, pernahkah anda menghadapi masalah memahami mesej ralat? Contohnya,  selesai mengemaskini Windows, terdapat mesej ralat terpacul pada paparan skrin.

Ia menyatakan versi aplikasi tidak serasi digunakan pada versi Windows yang sedang dikemaskini.



Bagi pengguna biasa, mungkin sukar memahami kod-kod ralat yang ditunjukkan dan cara paling mudah adalah melayari internet untuk mencari penyelesaian itu.

Bagi memudahkan lagi pengalaman pengguna, pihak pembangun bakal memperkemaskan ruangan mesej ralat pada kemaskini Windows 10 19H1.

Ia bertujuan menjadikannya lebih mudah difahami pengguna biasa, terutama sekali  yang mungkin kurang arif tentang perkomputeran.

Seperti rakaman foto dibawah, antaramuka baru akan menampilkan arahan lebih jelas seperti menyuruh anda menyahpasang perisian yang mungkin mengganggu atau tidak sesuai dengan kemaskini terbaru sistem operasi.



Turut ditawarkan adalah ciri bantuan Learn More disetiap penghujung mesej ralat, memberikan pengguna pilihan untuk memahami masalah yang sedang dihadapi.



Kemaskini Windows 10 19H1 dijangkan penawarannya kepada umum sekitar bulan April nanti.

Baca juga - Kemaskini 19H1 – 7 Ciri Dan Pembaharuan Yang Akan Tampil Pada Windows 10


Sumber: ghacks.net