Kemaskini Windows 10 19H1 Akan Asingkan Fungsi Carian Dari Cortana

Fungsi carian pada Windows 10 bakal diperbaharui dimana ia akan diasingkan daripada ciri Cortana.



Sebilangan pengguna kurang menggemari fungsi carian dengan sokongan Cortana kerana ia menggunakan data dan terdapat juga pengguna yang risaukan privasi data mereka.



Melalui kemaskini Windows 10 19H1, fungsi Windows Search dan Cortana akan mempunyai dua ikon berbeza  pada paparan taksbar. Langkah ini juga diambil bertujuan menjadikan Cortana sebagai pembantu digital dan sekiranya anda mahu mencari fail, gambar, dan lain-lain dokumen di dalam pemacu komputer, anda boleh gunakan Windows Search.

Kapsyen: Conversation Canvas


Disamping itu, Microsoft turut membangunkan Conversation Canvas untuk Cortana dengan ciri yang memfokuskan kepada pembantu digital.

Kemaskini Windows 10 19H1 ini dijangka siap sepenuhnya sekitar Mac 2019 tahun hadapan dan berkemungkinan juga lebih banyak pembaharuan yang bakal dibawa menerusi kemaskini tersebut.

Sumber: Windows Latest