Kemaskini Terbaru Telegram- Gambar Yang Dihantar Boleh Dipadam Menggunakan Tetapan Masa

Telegram telah membawakan kemaskini terbaru versi 4.2 yang mempamerkan ciri seakan sama seperti yang dibawakan oleh Instagram dan Snapchat melalui Stories.

Di dalam ruang mesej, pengguna dapat tetapkan masa berapa lama gambar atau video yang dihantar akan lenyap. Jika penerima mesej mengambil screenshot, pengguna akan diberikan notifikasi sejurus ianya berlaku. Jadi pengguna tidak perlu risau tentang privasi gambar yang dihantar dicuri dan disebarkan.





Klik pada ikon jam sebelum anda mengirimkan gambar atau video kepada kenalan. Kemudian tetapkan masa yang diberikan untuk penerima melihat gambar tersebut.

Kemaskini terbaru ini juga memperlihatkan naik-taraf kelajuan disamping membenarkan pengguna meletakkan biografi mereka di gambar profail. Antaramuka untuk stiker dan emotikon juga diberikan sedikit touch-up unutk memudahkan pengguna.

Sumber: Blog Telegram