Kemaskini Terbaru Dari Neflix Perbaiki Dan Tingkatkan Lagi Kualiti Audio

Syarikat besar yang menawarkan penstriman filem dan program televisyen dalam talian, Neflix, telah menaik taraf kualiti bunyi mereka seperti memperbaiki masalah audio. Ini bertujuan untuk memastikan penonton dapat mendengar dengan lebih jelas, serta mengurangkan masalah audio tersangkut-sangkut walaupun distrim pada internet berkelajuan rendah.

Dikhabarkan, episod pertama Stranger Things musim kedua mengalami masalah audio yang menyebabkan penonton tidak mendengar suara dengan jelas dan ini telah membuatkan pihak Netflix menyedari masalah tersebut.



Neflix juga meningkatkan bitrate audio pada tahap maksima kepada 640 kbps bagi audio normal 5.1, manakala 768 kbps bagi audio Dolby Atmos . Kelajuan bitrate boleh mencapai serendah 192 kbps dan membenarkan teknologi audio mereka menetapkan sendiri kualiti audio mengikut kelajuan internet penonton bagi menggelakkan video bertukar kepada keadaan buffer.

Algoritma mesin pembelajaran akan menganalisis sambungan rangkaian untuk menyesuaikan penstriman video dalam masa nyata. Mudah kata, lebih laju rangkaian, lebih baik kualiti audio yang akan kedengaran.

https://www.youtube.com/watch?time_continue=137&v=_eqdt_UOBAQ

Netflix berharap dengan penyelesaian ini, mereka dapat memastikan penonton dapat pengalaman strim yang baik pada apa jua jenis filem dan program televisyen yang ditonton.

Walaubagaimanapun, untuk menikmati penambahbaikan ini, anda mungkin memerlukan pembesar suara yang menyokong Dolby 5.1 dan Dolby Atmos. Kemaskini ini dilepaskan beberapa hari lalu, dan sekiranya anda menepati kriteria diatas, anda mampu mendengar audio yang lebih berkualiti pada Netflix.

Sumber: Netflix

Berkaitan