Kemaskini Terbaru Aplikasi Youtube Memudahkan Pengguna Menggerakkan Durasi Video

Kemaskini aplikasi Youtube untuk Android kini sudah boleh dimuat turun di PlayStore dengan sedikit penambahan yang menarik. Kemaskini bersaiz 12.73MB tersebut bakal memperlihatkan fungsi baru yang akan memudahkan para pengguna ketika sedang menonton video Youtube pada telefon pintar mahupun tablet.

16523598_10206380347026048_168361468_o

Fungsi yang disebutkan itu adalah dwi-sentuh yang membantu pengguna untuk menggerakkan durasi video ke hadapan atau ke belakang dengan jarak 10 saat. Caranya mudah sahaja, pengguna hanya perlu sentuh dua kali di bahagian kiri atau kanan video dan durasi masa akan bergerak dengan sendirinya.

Walaupun kemaskini itu hanya  membawakan ciri yang kecil, tetapi sebenarnya ia sangat berguna kepada pengguna kerana memudahkan mereka mencari babak menarik didalam video. Pengguna tidak perlu lagi bersusah-payah menyentuh seek bar lagi. Muat turun kemaskini terbaru Youtube di PlayStore.