Kemaskini Terbaru Aplikasi YouTube Dilengkapi Dengan Mod Incognito

Mod incognito cukup sinonim dengan pelayar internet Chrome, dimana ia digunakan ketika anda mahu "menyembunyikan" aktiviti anda dari dikesan pada log history.

Melaluinya, pelayar internet tidak akan mengesan serta menyenaraikan laman web yang dilawati dan anda tidak perlu bersusah payah untuk memadamkannya.

Terkini, mod terbabit sudah mula ditawarkan pada aplikasi YouTube bagi peranti Android.

Untuk mengaktifkan mod incognito, anda hanya perlu tekan gambar profil dibahagian kanan atas dan butang pilihan "Turn On Incognito" akan kelihatan.

Jika pertama kali diaktifkan, "You've Gone Incognito" akan terpapar dan aplikasi akan log keluar akaun YouTube anda secara automatik.

Bagi menyahaktifkannya pula, anda hanya perlu tekan gambar profil dan pilih "Turn Off Incognito" dan aplikasi log masuk kembali akaun YouTube anda.

Sekiranya anda mahu menghentikan history tontonan dan carian, tekan gambar profil> Settings >History and Privacy >Pause Watch History/Pause Search History.

Kemaskini aplikasi YouTube anda di Google PlayStore.