Kemaskini Terbaru Aplikasi OneDrive iOS Tambah Sokongan Untuk Fail Berformat GIF

Nampaknya Microsoft memberikan perhatian yang lebih kepada aplikasi OneDrive untuk platform iOS dimana beberapa ciri dan penambahbaikan terkandung dalam kemaskini yang baru dikeluarkan. Kali terakhir kemaskini dikeluarkan untuk OneDrive adalah pada awal Disember tahun lalu dengan menambah ciri 'pratonton segera', memudahkan pengguna untuk pratonton fail dari Microsoft Word, Excel dan juga PowerPoint.

Kemaskini versi kali ini pula menampilkan sokongan untuk fail animasi GIF yang sememangnya sudah lama dinanti-nantikan oleh pengguna. Menurut Microsoft lagi, versi 8.8.9 ini turut menyediakan sokongan yang membolehkan pengguna untuk menukar akaun secara pantas dengan hanya sentuh beberapa ketika pada tab 'ME'.

Selain itu, pengguna yang mempunyai akaun bagi kegunaan  kerja atau sekolah akan menerima notifikasi sekiranya terdapat seseorang mengongsikan fail dengan mereka. Pembangun aplikasi juga mengesahkan bahawa mereka turut menambah ciri 'Pratonton Segera' pada Sites Tab. Kemaskini terbaru ini turut membaiki pepijat yang mungkin dialami oleh sesetengah pengguna lain.

Sumber: Leakite