Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kemaskini Terbaharu PUBG Mobile Membawakan Mod Baharu Payload, Peningkatan Prestasi Dan Banyak Lagi

Kemaskini Terbaharu PUBG Mobile Membawakan Mod Baharu Payload, Peningkatan Prestasi Dan Banyak Lagi

Diterbitkan Oktober 17, 2019 ยท Dikemas kini Oktober 17, 2019 oleh Meor Hasyim

Kemaskini versi 0.15.0 pada PUBG Mobile akan membawakan fungsi dan ciri baharu serta peningkatan prestasi pada peranti pintar Android dan iOS. Tarikan utama untuk kemaskini kali ini adalah mod Payload di mana pemain boleh membuat serangan udara dari helikopter, sementara pemain yang berada di bawah diberi senjata berat untuk meletupkan helikopter tersebut.

Mod Payload walau bagaimanapun belum boleh dimainkan dan ia akan datang dalam masa terdekat yang tidak diketahui lagi.

Selain itu, terdapat fungsi ‘recall’ yang membolehkan pemain menghidupkan semula rakan sepasukan yang sudah mati. Pemain juga kini boleh bergayut di hujung atap melalui fungsi ‘ledge grab’.

Penambahan lain dalam kemaskini ini termasuklah senjata baharu, kenderaan baharu, graffiti serta peningkatan prestasi dari aspek kelancaran, kawalan dan juga penggunaan kuasa peranti ketika bermain.

Bersama-sama kemaskini ini, ia turut membawakan tema Halloween dengan perubahan dan penambahbaikan terhadap mod Survive Till Dawn.

Anda boleh mengemaskini permainan PUBG Mobile dan mula mencuba ciri-ciri dan fungsi-fungsi baharu di dalamnya sekarang.

Screenshot Image

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY