Kemaskini Sekuriti Oktober Merupakan Kemaskini Terakhir Google Pixel 2016

Kemaskini November untuk Google Pixel telah tersedia. Kesemua Pixel mendapat kemaskini tersebut tetapi untuk Pixel dan Pixel XL (2016), mereka kurang bernasib baik. Walaupun Google secara rasminya belum menamatkan sokongan kemaskini untuk Pixel (2016), laman rasmi mereka telah memberitahu bahawa tiada kemaskini lagi untuk peranti tersebut selepas Oktober 2019.

Ini bermakna kemaskini Oktober merupakan kemaskini terakhir rasmi dan selepas ini Google tidak memberi jaminan untuk menyokong lagi peranti berkenaan. Sepanjang hayat Pixel (2016), ia mendapat tiga kemaskini utama versi Android (Oreo, Pie, Android 10) selama tiga tahun. Walaupun pada awalnya, peranti tersebut hanya dijamin untuk mendapat sehingga versi Android Pie, pengguna Pixel (2016) bernasib baik kerana masih lagi mendapat kasih sayang Google dengan penawaran Android 10.

Kemaskini tersebut menawarkan penambahbaikan kepada peranti yang menyokongnya. Untuk Google Pixel 4 dan Pixel 4 XL, kemaskini ini menambahbaik kualiti kamera dan juga ciri Smooth Display (90hz).

Sumber: Android Central, Android Authority, Google

Berkaitan