Kemaskini PUBG Mobile Sudah Mula Ditawarkan Di Google PlayStore

Tempoh hari, Tencent Games, pembangun kepada permainan mudah alih popular PUBG Mobile telah menjanjikan kemaskini untuk aplikasi terbabit.



Terkini, kemaskini itu telah mula kelihatan pada Google PlayStore untuk dimuat turun pengguna. Kemaskini terbaru itu menampilkan beberapa pembaharuan dalam permainan seperti permainan waktu malam pada peta Erangel, ahli pada bahagian Crews kini terhad kepada 6 orang sahaja dan beberapa mod bertemakan sambutan Halloween.

Menarik kali ini, ia turut hadir dengan mode Spectating Enemy dimana anda boleh memerhatikan permainan dari pandangan pihak lawan apabila anda dan semua ahli kumpulan anda mati.

Selain itu, kereta yang dinaiki juga akan memainkan lagu tema PUBG.



Untuk yang anda yang sudah ditawarkan dengan kemaskini, tunggu apa lagi? Muat turun sekarang dari Google PlayStore.