Kemaskini PUBG Mobile Dengan Mod Zombi Kini Boleh Dimuat-Turun

Setelah sekian lama diwar-warkan, akhirnya mod masa terhad zombi tiba juga pada permainan PUBG Mobile hari ini.



Mod yang hadir dengan kerjasama Resident Evil 2 itu dinamakan sebagai mod "Survive Till Dawn" di mana pemain perlu melawan musuh(manusia) dan zombi dalam satu masa yang sama.

Semasa bermain mod berkenaan, pemain akan diberikan dengan loot seperti peluru, kit perubatan dan sebagainya apabila membunuh zombi.



Zombi-zombi ini kurang aktif pada waktu siang namun mula bertindak agresif seperti mengejar pemain apabila tiba waktu malam.

Selain daripada mod zombi, antara kemaskini baru yang dibawa masuk kali ini ialah waktu malam bagi peta Sanhok serta pepijat-pepijat yang telah diperbaiki.

Bagi anda yang masih belum mengemaskini PUBG Mobile, anda boleh melakukannya melalui gedung aplikasi Google Play Store atau Apple App Store sekarang.