Kemaskini PUBG Mobile 1.0 Kini Boleh Dimuat Turun, Pelbagai Ciri Menarik Menanti Anda

Kemaskini yang ditunggu-tunggu oleh pemain PUBG Mobile iaitu versi 1.0 akhirnya tiba hari ini.

Ia membawakan pelbagai ciri baharu seperti peta Erangel 2.0 baharu sedikit berlainan, senjata baharu, Cheer Park 2.0, serta penambahbaikan untuk peta Livik.

https://twitter.com/PUBGMOBILE/status/1302741664767905793

Kemaskini juga akan membawakan mod Halloween Infection baharu yang dijangka akan hadir pada minggu hadapan.

Antara ciri lain termasuklah peningkatan kualiti grafik dan juga antara muka baharu yang lebih menyegarkan.

https://twitter.com/PUBGMOBILE/status/1303175548055805952

Kemaskini PUBG Mobile 1.0 ini adalah sekitar 1.5GB untuk Android manakala iOS pula pada 1GB. Ia boleh mula dimuat turun mulai hari ini di Google Play Store dan juga App Store iOS.