Kemaskini MIUI 9: Penambahbaikan Dengan Fungsi Skrin Berkembar

Kini sudah tiba masanya kepada pengguna Xiaomi mendapatkan kemaskini untuk sistem operasi mereka iaitu MIUI 9. Pihak Xiaomi menjanjikan peranti yang terlibat dalam kemaskini ini akan mendapatnya pada hujung bulan ini.

MIUI 9 menjanjikan beberapa fungsi yang sebelum ini terdapat di dalam sistem operasi Android Oreo dan sedikit penambahbaikan dari segi prestasi peranti. Peranti yang paling tua mendapat kemaskini terbaru adalah Mi 2 yang keluar pada tahun 2012 namun bukan semua fungsi baru akan diperolehi oleh semua peranti.

Antara peranti terawal yang mendapat kemaskini esok adalah Redmi Note 4, Mi Mix 2 dan Mi Max 2.

Mari kita lihat apa fungsi dan ciri-ciri baru yang terdapat dalam MIUI 9 ini:

Skrin Berkembar



Fungsi skrin berkembar sudah wujud beberapa tahun lepas semasa sistem operasi Android Nougat mula munculkan diri tetapi pengguna Xiaomi baru boleh menikmati fungsi ini sekarang dengan MIUI 9. Fungsi ini hanya terdapat untuk peranti yang layak mendapat kemaskini Android Oreo.

Ruang notifikasi

Sebelum ini peminat Xiaomi merungut yang ruang notifikasi MIUI tidak berfungsi sama dengan apa yang ditawarkan untuk sistem operasi asal Android. Dengan MIUI 9, pengguna boleh menurunkan ruang notifikasi dengan satu sentuhan dan menggunakan fungsi 'Quick Reply'.



Aplikasi Dibuka Dengan Lebih Cepat

Xiaomi cuba membaiki pengalaman anda bersama MIUI 9 dengan mempercepatkan pembukaan aplikasi. Sistem akan memberi respon yang lebih cepat dengan sentuhan serta menggunakan pecutan CPU bagi memberi respon yang lebih baik berbanding sebelum ini.

Penyunting Gambar Pintar



MIUI mempunyai alat suntingan yang agak berkuasa terbina di dalam peranti dan Xiaomi cuba menambahbaik lagi ciri-ciri ini. Antara yang tertonjol ialah kini objek di dalam gambar boleh dipadam dengan alat suntingan Xiaomi. Pengguna hanya perlu memilih objek yang ingin dipadam atau melukis satu garisan dan aplikasi akan memadamnya dari gambar.

Mi Drop



Mi Drop yang membolehkan pengguna menghantar sebarang jenis fail termasuk saiz fail itu sendiri ke pengguna Mi Drop lain. Pihak Xiaomi juga meletakkan aplikasi ini di dalam Google Play Store untuk pengguna Android lain menggunakannya.

Sumber