Kemaskini MIUI 13 Untuk Xiaomi Dijangka Hadir Seawal April 2021

Walaupun ada beberapa model Xiaomi yang masih belum menerima MIUI 12, jenama itu dilaporkan telah mula membangunkan versi kemaskini utama MIUI 13 seterusnya.

Kini terdapat maklumat terbaharu mengatakan ia dijangka akan hadir pada suku kedua 2021 iaitu seawal bulan April tahun hadapan. Maklumat ini diperoleh dari sebuah forum Xiaomi yang membincangkan bilakah pengguna Xiaomi akan mula menerima kemaskini MIUI 13.



Sebelum ini, MIUI 12 telah diperkenalkan pada bulan April tahun ini, jadi tarikh jangkaan MIUI 13 itu mungkin tarikh rasmi pengenalannya.

Xiaomi buat masa ini masih belum membuat apa-apa pengumuman mengenai tarikh rasmi pengenalan MIUI 13.

Sumber: Piunikaweb