Kemaskini MIUI 10 Bakal Menyokong 28 Peranti Xiaomi

Xiaomi telah memperkenalkan versi terkini antaramuka MIUI 10 pada majlis pelancaran peranti Mi 8 pada bulan Mei yang lepas. Pelancaran peranti itu juga menandakan sambutan ulang tahun ke-lapan bagi syarikat berkenaan.

Terkini, Xiaomi telah mengumumkan bahawa kemaskini ini akan menyokong 28 peranti Xiaomi termasuk Redmi Note 5 Pro dan Redmi 5A. Pada peringkat awal, versi beta bagi MIUI 10 ini telah diperkenalkan buat peranti Redmi Note 5, Redmi Note 5 Pro, Redmi S2, the Mi Mix 2 dan Mi Mix 2S.



Antara ciri dan fungsi terbaru yang tersedia buat antaramuka baru ini ialah ia akan memaksimakan penggunaan ruang paparan serta fungsi 'tekan dan tahan' pada ikon aplikasi untuk lebih pilihan tindakan. Selain itu, pengguna peranti Xiaomi juga boleh menggunakan lebih banyak gestures untuk kawalan peranti.

Pengguna peranti Xiaomi yang menyokong MIUI 10 dijangka boleh mula mendapatkan kemaskini ini pada akhir bulan ini. Untuk mengetahui sama ada peranti Xiaomi anda menyokong antaramuka terbaru MIUI ini atau tidak, anda boleh semak dalam senarai di bawah.

  1. Mi 4c

  2. Mi 4s

  3. Mi 5

  4. Mi 5c

  5. Mi 5s Plus

  6. Mi 5X

  7. Mi 6

  8. Mi 6X

  9. Mi 8

  10. Mi 8 SE

  11. Mi Max

  12. Mi Max 2

  13. Mi Max Prime

  14. Mi Mix

  15. Mi Mix 2

  16. Mi Mix 2S

  17. Mi Note 2

  18. Mi Note 3

  19. Redmi 4X

  20. Redmi 5

  21. Redmi 5A

  22. Redmi 5 Plus

  23. Redmi 5s

  24. Redmi Note 4X

  25. Redmi Note 5

  26. Redmi Note 5A

  27. Redmi Note 5A Prime

  28. Redmi S2/Y2


Sumber