Kemaskini Mi 9 Akan Datang Berikan Pilihan Untuk Pengguna Matikan Simbol Pengimbas Cap Jari

Umum mengetahui yang mana model Mi 9 dilengkapi dengan ciri imbasan pada skrin paparan. Bagi memudahkan imbasan dibuat, ikon pada skrin akan menyala menandakan kedudukan sensor tersebut.

Berkenaan dengan ciri itu, Xiaomi menerusi CEO syarikat, Lei Jun, menyatakan akan memberi penambahbaikan pada kemaskini baru akan datang.

Menurut beliau, ikon imbasan cap jari itu akan diberikan pilihan sama ada untuk diaktifkan atau dinyaktifkan oleh pengguna. Tambah beliau lagi, setelah pengguna menggunakan peranti itu selama beberapa minggu, mereka pastinya sudah biasa dan tahu akan kedudukan sensor imbasan pada paparan tersebut.

Dengan kehadiran ciri itu, ia sekurang-kurangnya memberi pilihan kepada pengguna yang mungkin semakin hari semakin kurang gemar ikon itu terpapar walaupun hanya kerana tersentuh skrin.

Buat masa sekarang, ia masih lagi dalam fasa pembangunan dan syarikat pengeluar masih belum mengumumkan tarikh sebenar kemaskini itu akan dilepaskan.

Sumber: GizChina