Kemaskini Lightroom Di iOS/iPad Secara Tidak Sengaja Padam Gambar Dan Preset Pengguna

Untuk pengguna Adobe Lightroom di iOS dan iPad, mereka kini dihujani air mata disebabkan kemaskini terbaru aplikasi tersebut.

Ini adalah kerana tanpa sebab munasabah, kemaskini itu memadam gambar dan preset pengguna secara tidak sengaja.

Tambah menyedihkan apabila Adobe mengatakan gambar dan preset yang hilang itu tidak boleh dikembalikan semula.

Jadi, jika anda adalah antara salah seorang pengguna yang terlibat dengan isu ini, salam takziah dan tiada cara lain untuk mengembalikan semula apa yang telah hilang.

Versi kemaskini bermasalah ini adalah 5.4.0 pada iPhone dan iPad, namun jika anda mengemaskini ke versi 5.4.1, anda masih tidak boleh mendapatkan gambar dan preset itu semula.

Menerusi apa yang terjadi ini, pihak Adobe hanya meminta maaf sahaja.

“We are aware that some customers who updated to Lightroom 5.4.0 on iPhone and iPad may be missing photos and presets that were not synced to the Lightroom cloud. A new version of Lightroom mobile (5.4.1) for iOS and iPadOS has now been released that prevents this issue from affecting additional customers. Installing version 5.4.1 will not restore missing photos or presets for customers affected by the problem introduced in 5.4.0. We know that some customers have photos and presets that are not recoverable. We sincerely apologize to any customers who have been affected by this issue.”

Isu ini hanya terkesan pada pengguna iOS dan iPad sahaja manakala Lightroom untuk Android, Classic, dan Desktop tidak pula mengalami perkara yang sama.

Ada beberapa laporan mengatakan jika pengguna melakukan sandaran iPhone atau iPad yang lama, gambar dan preset akan kembali semula.

Versi kemaskini 5.4.1 ini walau bagaimanapun telah membaik pulih pepijat mengecewakan ini. Digalakkan untuk anda kemaskini aplikasi sebelum membukanya.

Rujukan: Adobe Lightroom