Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kemaskini iOS 14.2 Dilepaskan Dengan Pelbagai Ciri Baharu Dan Baik Pulih Pepijat

Kemaskini iOS 14.2 Dilepaskan Dengan Pelbagai Ciri Baharu Dan Baik Pulih Pepijat

Diterbitkan November 6, 2020 · Dikemas kini November 6, 2020 oleh Amalina Athman

Apple awal pagi ini telah melepaskan kemas kini iOS 14.2 dan iPadOS 14.2, yang merupakan antara kemas kini utama pada iOS 14 sejak dilancarkan September lalu.

Kemaskini iOS 14.2

Kemas kini iOS 14.2 hadir dengan pelbagai ciri baharu dan baik pulih pepijat. Antaranya termasuk lebih 100 emoji baharu seperti Dodo, anatomi jantung, boneka bersarang, teh boba, ninja, boomerang, dan lain-lain. Senarai penuh emoji boleh dilihat melalui Emojipedia.

emoji ios 14.2

Selain emoji, Apple memperkenalkan beberapa penambahbaikan termasuk 8 wallpaper baharu, toggle Shazam di Control Centre, kawalan AirPlay baharu dan lain-lain.

Kemaskini iOS 14.2 Dilepaskan Dengan Pelbagai Ciri Baharu Dan Baik Pulih Pepijat

Kemaskini ini juga menawarkan baik pulih pepijat dan penambahbaikan serta ciri baharu yang lain dan ini adalah senarai penuh dalam kemaskini iOS 14.2:

Kemaskini iOS 14.2

Peranti yang menyokong kemas kini iOS 14.2 adalah iPhone 6s dan terbaru. Muat turun iOS 14.2 boleh dilakukan melalui aplikasi Settings > General > Software Update > Download and Install.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY