Kemaskini iOS 14.0.1 Dilepaskan Dengan Baik Pulih Tetapan 'Default' E-mel Dan Pelayar

Apple pada minggu lalu telah melepaskan sistem operasi baharu iOS 14 untuk pengguna iPhone. Melalui iOS 14, Apple telah memperkenalkan tetapan default e-mel dan pelayar. Namun, ia kembali kepada tetapan asal apabila dihidupkan semula atau restart.

Kini, iOS 14.0.1 mula dilepaskan bagi membaikpulih isu pepijat. Dengan kemaskini tersebut, isu tetapan default e-mel dan pelayar telah dibaikpulih.

kemaskini iOS 14.0.1

Sebagai tambahan, Apple turut memperbaiki masalah sambungan Wi-Fi pada iPhone. Kemaskini ini juga menawarkan baik pulih pepijat yang lain dan ini adalah senarai penuh dalam kemaskini iOS 14.0.1:

  • Fixes an issue that could cause default browser and mail settings to reset after restarting your iPhone

  • Addresses an issue that could prevent camera previews from displaying on iPhone 7 and iPhone 7 Plus

  • Fixes an issue that could prevent your iPhone from connecting to Wi-Fi networks

  • Resolves an issue that could prevent sending email with some mail providers

  • Addresses an issue that could prevent images from appearing in the News widget


Anda boleh membuat kemaskini iOS 14.0.1 melalui Settings > General > Software Update dan tekan "Download and Install".