Kemaskini iOS 12.1 Beta Bolehkan Pengguna Laras Efek Bokeh Secara Manual

Sistem operasi iOS 12 telahpun mula ditawarkan kepada semua pemilik peranti Apple sejak minggu lalu. Banyak penambahbaikan dibawa pada versi kali ini dan salah satunya dibahagian kamera.

Untuk memantapkan lagi pengalaman pengguna, kemaskini iOS 12.1 beta dikatakan bakal dilengkapi dengan ciri pelaras kesan bokeh. Melaluinya, pengguna boleh melaras kesan bokeh latarbelakang secara manual ketika sedang merakam foto.



Pelaras akan terpapar dibahagian bawah skrin dan pengguna bebas menetapkannya mengikut kemahuan. Ciri sedia ada hanya membenarkan kesan bokeh dilaras selepas gambar siap ditangkap (edit), tetapi dengan pengenalan ciri baru ini, pengguna boleh melihat perbezaan bokeh sebelum gambar diambil.

Dengan kemaskini ini, pemilik iPhone XS dan XS Max dapat menikmatinya kerana kedua-dua peranti menggunakan sensor baru dengan keupayaan tersebut.

Sumber: GizChina