Kemaskini Intagram Stories- Pengguna Dapat Memainkan Semula Video Live Untuk Tempoh 24 Jam

Instagram hari ini memperkenalkan satu penambahan fungsi pada ciri Instagram Stories. Pengguna yang merekod penstriman video secara langsung akan diberi pilihan untuk berkongsikan video live mereka untuk jangka masa 24 jam.

Hanya tekan butang 'Share' dibahagian bawah setelah rakaman tamat. Pengguna juga boleh menekan butang 'Discard' jika tidak mahu meneruskan penyiaran live video.



Jika akaun penstrim video live di Instagram Stories berkongsikanĀ video ulang tayang live mereka, anda akan nampak ikon 'Play' di gambar profail akaun yang anda follow. Ciri ini dapat kita saksikan di Facebook dimana anda dapat mempercepatkan video 15 saat dengan sentuh ke kiri atau ke kanan.



Kemaskini kini hadir untuk platform iOS versi 10.26 di Apple App Stora dan Android di Google Play.

Sumber