Untuk menjadikan aplikasi itu lebih baik lagi, Google semalam mengumumkan kemaskini baru untuk Docs yang mana ia bakal memudahkan anda dalam melakukan tugasan secara berkumpulan.
Kemaskini besar yang diumumkan itu menampilkan ciri edit yang dinaik taraf, sebagai contoh penamaan semula bahagian "Revision Story" kepada "Version History". Sebelum ini anda boleh mengesan perubahan dokumen yang dilakukan oleh ahli kumpulan pada bahagian tersebut.
Melalui penambahan baru berkenaan, anda berupaya untuk memberikan nama tersuai kepada versi dokumen, lembaran, atau slide. Dengan cara itu, anda boleh menyimpan perkara-perkara penting dengan mengekalkan log kemajuan kumpulan anda. Ia juga boleh digunakan untuk menunjukkan bahawa dokumen itu sebenarnya muktamad.
Suntingan mudah alih melalui telefon pintar dan tabloid turut boleh dilakukan dengan cara menekan klik menu tiga titik dibahagian kanan bawah, aktifkan toggle "Mencadangkan Perubahan", dan masukkan data baru dalam "Mod Cadangan".
Terakhir sekali adalah kebolehan membuat carian fail berdasarkan perkataan yang spesifik secara lebih tepat. Sekarang, pengguna Docs boleh menggunakan tab "meneroka" terbina di dalam untuk mengimbas fail lain tanpa meninggalkan kedua-dua program.
Sumber: Engadget
Berkaitan
- Dropbox Tampil Dengan Antaramuka Baru Untuk Versi Web
- Pelancaran Global Siri Mi 10 Ditangguhkan
- Astro Bakal Hadapi Saingan Daripada Pengendali Televisyen Bersatelit Baru
- Western Digital Perkenal WD Black PCIe SSD
- Milo Hasilkan Pengesan Kecergasan Khas Untuk Anak-Anak Anda
- Realme 3 Pro Rasmi Dilancarkan, Dilengkapi Snapdragon 710
- Dua Vivo V19 Satu Harga Melalui Pelan Maxis Zerolution
- Cara Untuk Pasang Android Nougat Dalam Nexus
- Sensor Cap Jari Galaxy S10 Didakwa Boleh Di Imbas Cap Jari Yang Tidak Didaftarkan
- ROG Phone 2 Ditawarkan Secara Rasmi, Harga Dari RM3499