Kemaskini ColorOS 7 Untuk Realme Akan Lebih Ke Arah Android Asli

Realme sememangnya terkenal dengan penawaran peranti berpatutan dengan harga yang berbaloi. Dari segi perkakas, kebanyakan peranti Realme hadir dengan spesifikasi yang tinggi. Namun, dari segi perisian, anda terpaksa menggunakan ColorOS di mana ia adalah antaramuka yang diubah suai dan sangat berbeza dengan penawaran Android asli yang lebih ringan.

Jika anda mengharapkan Realme akan menggunakan perisian menyerupai Android asli suatu hari nanti, impian anda mungkin akan menjadi kenyataan. CEO Realme, Madhav Sheth mengesahkan di mana ColorOS 7 nanti akan menghampiri kepada perisian Android asli. Kenyataan tersebut dibuat dalam siri #AskMadhav episod 11 pada saluran YouTube.

https://youtu.be/kVprlz5qJ0s

Perubahan ke arah Android asli merupakan antara ciri yang ditunggu-tunggu buat peminat Realme selama ini. Untuk setakat ini masih tiada lagi maklumat mengenai jadual kemaskini untuk ColorOS 7. Untuk peranti Realme yang ada sekarang ini, kemaskini terkini adalah pada ColorOS 6.0.1. Sumber juga mengatakan kemaskini ColorOS 7 tersebut mungkin akan hadir dalam masa terdekat.

Sumber: xda-developers