Kemaskini Chrome 80 Akan Menyekat Iklan Pop-up Secara Default

Google telah mendedahkan bahawa Chrome 80 akan menyekat iklan pop-up yang menjengkelkan secara default, bermakna anda boleh melayari dengan selamat tanpa iklan pop-up yang menjengkelkan setiap kali anda melawat laman sesawang baru.

Walaupun Chrome membenarkan pengguna untuk memilih menyekat iklan pop-up, namun sesetengah laman web akan didaftarkan secara automatik ke dalam ciri sekatan ini. Penerbit dan pembangun didesak untuk membaca amalan terbaik Google untuk mengelakkan iklan pop-up mereka disekat.

Google juga telah memberi amaran kepada laman sesawang yang menyalahgunakan notifikasi pop-up untuk menyampaikan iklan atau perisian hasad atau sesiapa yang menggunakannya untuk "tujuan menipu". Butiran bagi penalti yang dikenakan akan diumumkan pada masa akan datang.

Chrome 80 Kapsyen: 9to5Google


Chrome juga akan memperkenalkan Quiet UI, bertujuan untuk memberi amaran kepada pengguna bahawa notifikasi pop-up telah disekat dan memberi pengguna pilihan untuk membuka sekatan tersebut.

Quiet UI yang akan diperkenalkan di Chrome 80 akan tersedia di kedua-dua platform desktop dan telefon serta kemaskini Chrome 80 dijangka akan dilepaskan pada 4 Februari ini.

Sumber: SearchEngine Journal