Kemaskini Chrome 64 Untuk Platform Android Dan Komputer Akan Ditawarkan Tidak Lama Lagi

Kemaskini Chrome 64 dilaporkan sudah melepasi ujian beta dan penawarannya bakal dibuat tidak lama lagi.

Ia telah diumumkan Google dimana naiktaraf pelayar internet ini sudah bersedia berkhidmat untuk dua platform, Android dan komputer (Windows. Mac, Linux).

Melalui kemaskini terbaru ini, iklan yang menyusahkan pengguna seperti iklan yang membuka halaman baru secara automatik akan disekat.



Turut sama terkandung adalah beberapa ciri yang dibangunkan untuk mengatasi masalah kelemahan sekuriti Meltdown dan Spectre yang heboh diperkatakan awal tahun ini. Google juga menyertakan fungsi pilihan untuk mematikan bunyi video yang dimainkan secara automatik pada sesuatu halaman.



Sumber: Google - 1 dan 2