Kemaskini Baharu PS5 Akan Beritahu Jika Anda Main Permainan Versi PS4

Semua sedia maklum bahawa PlayStation 5 boleh memainkan permainan PlayStation 4. Malah, terdapat beberapa permainan PS4 turut dikemaskini oleh pembangun untuk mendapat kelebihan daripada konsol baharu tersebut seperti permainan Ghost of Tsushima.

Kini, Sony telah melepaskan kemaskini baharu untuk PS5 dimana ia akan memberitahu sekiranya anda memainkan permainan dalam versi PS4.

Fungsi baharu ini ditemui oleh pengguna Twitter - Tidux, menjelaskan ia merupakan salah satu perkara yang kompleks dalam PS5.

Ini kerana, fungsi backwards pada PS5 termasuk yang menawarkan kemaskini permainan untuk PS5 kadangkala secara tidak sengaja memasang versi permainan yang lama.

Jika konsol daripada Microsoft, mereka hadir dengan fungsi Smart Delivery dimana kemaskini yang terbaik pada permainan akan dilakukan secara automatik.

https://twitter.com/Tidux/status/1341332813556178946?s=20

Oleh itu, ciri baharu yang dilakukan Sony ini akan lebih berguna kepada pengguna PS5 kerana banyak pembangun akan mengeluarkan kemaskini permainan yang dioptimakan bagi konsol PS5.

Dengan ini juga, pengguna yang mempunyai permainan PS4 dapat mengetahui jika sesebuah permainan itu sudah menerima kemaskini buat PS5 seperti permainan Control: Ultimate Edition yang akan dapat kemaskini PS5 pada Februari 2021.

Sumber: Tidux