Kemaskini Terbaru Aplikasi Samsung Smart View Menjadikannya Seperti Google Chromecast

Aplikasi Samsung Smart View iaitu sebuah aplikasi yang boleh diapat di peranti iOS membenarkan pengguna menonton pengisian di dalam telefon pintar atau PC menggunakan paparan TV. Dengan kemaskini terbaru dari Samsung untuk aplikasi Smart View ini menjadikan ia seperti Google Chromecast.

Ini bermakna, pengguna Samsung Smart View akan dibenarkan menggunakan servis seperti strim video di YouTube, Hulu dan Amazaon Prime. Syarikat tersebut juga mengemaskini antara-muka aplikasi mereka untuk memudahkan pengguna menggunakan fungsi carian media. Samsung juga memperkenalkan alat kawalan jauh secara maya yang sebagai alternatif kepada alat kawalan jauh fizikal.

smartview-800x420

Namun. ianya agak mengecewakan kerana Samsung belum lagi menambah servis Netflix kedalam pengisian mereka. Samsung bakal mengumumkan tentang hal ini semasa acara CES 2017 yang akan dilangsungkan pada hari Khamis di Las Vegas.

Syarikat yang berpangkalan di Korea itu juga bakal memperkenalkan teknologi skrin terbaru yang digelar sebagai "QLED" sewaktu CES 2017. Ianya diangkat sebagai generasi ketiga Quantum Dot TV dari Samsung yang diharapkan menjadi satu penambah-baikkan terhadap skrin LCD dan juga meningkatkan prestasi HDR.

Sebenarnya pada tahun 2013, Samsung telah pun mengetengahkan sebuah aplikasi bernama Boxxee yang memberikan nafas baru terhadap teknologi TV pintar. Melalui Boxxee, Samsung berharap dapat memberikan pengguna kuasa untuk mengawal TV menggunakan tablet/peranti alat mudah alih. Dengan menggunakan tablet tersebut, pengguna dapat mengekses dan mengawal pengisian dengan antara-mukanya yang tersendiri. Namun, ianya sebuah misi yang ternyata gagal pada tahun itu.

Sumber : Gadget 360, Slash Gear