Kemaskini Aplikasi Samsung Health Terbaru Dapat Menjejak Kitaran Haid

Sekitar seminggu yang lepas, Samsung Health telah menambah ciri mod gelap pada aplikasinya. Kini, dengan kemas kini versi ke 6.9.0.055, ciri menjejak kitaran haid pula hadir pada aplikasi tersebut. Ciri menjejak kitaran haid ini sudah lama diperkenalkan dan wujud pada Apple Helath, Fitbit dan juga Garmin.

samsung health

samsung health

Fungsi kitaran haid ini akan dipaparkan pada halaman utama aplikasi selepas pengguna membuat pilihan. Selain itu, fungsi ini juga akan memaparkan pada notifikasi supaya mudah untuk dijejak. Pengguna akan dibawa ke halaman kalendar untuk mengetahui tempoh kitaran tersebut.

Kemaskini terbaru dari sudut kesihatan ini dapat menarik perhatian pengguna seperti aplikasi yang lain. Samsung juga membawa pemantauan tekanan darah serta pengesanan tekanan kepada Galaxy Watch Active. Kemaskini Samsung Health boleh dilakukan melalui Play Store atau Galaxy Store.

Sumber : SamMobile, Engadget,