Kemaskini Android Pie 9 Mula Dilepaskan Secara Global Untuk Asus ZenFone 5Z

Asus Zenfone 5z menembusi pasaran tahun lalu dengan spesifikasi boleh tahan pada harga yang berpatutan.

Menjalankan Android 8.o dari dalam kotak, pemilik peranti ini mungkin sudah boleh menarik nafas lega kerana naik taraf ke Android 9.0 dikatakan sudah mula dilepaskan.

Kemaskini melalui OTA disediakan secara berperingkat dan bagi pengguna tempatan, anda perlu menunggu beberapa ketika untuk ketibaannya.

Kapsyen: Kredit foto: Erick via GSMArena


Sumber: GSMArena