Kemaskini Android Galaxy S9 Lebih Mudah Dengan Project Treble

Kerumitan mengemaskini sistem Android menjadi salah satu sebab mengapa peranti Android tidak menjadi pilihan sesetengah orang yang lebih mengutamakan keselamatan peranti mereka.

Lebih memburukkan keadaan, pengeluar asal peranti mengambil masa yang lama bagi memindahkan versi asal Android peranti mereka dan perkara ini terbukti dengan kurang dari 1% dari keseluruhan pasaran sistem operasi Android yang menggunakan Android Oreo.



Untuk itu Google telah mengumumkan Project Treble semasa Google I/O tahun lepas bagi membantu meringankan beban terhadap pengeluar asal peranti untuk mengemaskini versi sistem operasi Android. Google juga memberi jaminan terhadap peranti yang dikuasakan oleh Android Oreo akan menyokong fungsi Project Treble pada masa akan datang.



 

Samsung mengesahkan yang peranti terbaru mereka, Galaxy S9 menyokong Project Treble. Setakat ini tidak diketahui sejauh mana keberkesanan Project Treble ini untuk mengemaskini sistem operasi Android dan memerlukan masa bagi tujuan penilaian.