Kemas Kini Windows Disyaki Penyebab Kapasiti Bateri Peranti Surface Laptop 2 Dan Surface Pro 4 Cepat Habis

Windows sedang menyiasat perkara itu.


Pihak microsoft telah dihujani aduan daripada pengguna peranti Surface Laptop 2 dan Surface Pro 4 yang mendakwa peranti mereka itu didapati cepat habis baterinya.

Pengguna menyedari akan isu ini selepas mereka mengemas kini sistem operasi Windows peranti tersebut kepada versi terkini. Isu ini pertama kali dilaporkan di laman Windows Community sejak pertengahan Ogos ini.

Sebahagian pemilik peranti Surface Laptop 2 mendakwa kapasiti bateri peranti mereka itu menyusut antara 20% hingga 30% hanya dalam beberapa minit sahaja ketika sedang digunakan. Namun ada juga yang mengalami isu yang sama tetapi dalam situasi berbeza.

“I also want to report this same problem. But it is not happening overnight. It seems to happen after a shutdown event. Mine was shutdown for 7 minutes and dropped from 100% to 75%,” Adu salah seorang pengguna Surface Laptop 2.

Malah pengguna Surface Book 2 juga turut mendakwa mengalami masalah yang sama pada peranti mereka.

Berikutan semakin banyak aduan yang diterima oleh pengguna mereka, pihak Microsoft menyatakan bahawa mereka akan menyiasat perkara ini.

https://twitter.com/MicrosoftHelps/status/1166449557342957568

Jadi, sekiranya anda ada memiliki peranti Microsoft ini dan mengalami isu yang sama, anda terpaksalah bersabar sehingga pihak Microsoft melepaskan kemas kini terbaru pada masa yang belum diketahui bagi memperbetulkan masalah ini.

Oleh itu pastikan anda sentiasa menyemak kemas kini bagi peranti Microsoft tersebut dari masa ke semasa bagi menyelesaikan isu ini dengan segera.

Sumber: Windows Latest