Kemas Kini Windows 10 May 2020 Menimbulkan Masalah Serius Pada Storan Intel Optane

Jangan kalut kemas kini komputer anda jika ia menggunakan storan Intel Optane.


Seperti sedia maklum, Microsoft telah pun mula menawarkan kemas kini terbaru Windows 10 May 2020 sejak lewat Mei lalu kepada sebahagian besar pengguna Windows 10.

Walaubagaimanapun, kini terdapat laporan daripada para pengguna bahawa komputer mereka berdepan isu kritikal selepas mengemas kini sistem Windows 10 mereka.

Secara khususnya masalah tersebut berlaku pada pengguna komputer yang menggunakan jenis storan Intel Optane.

Intel Optane adalah model storan generasi baru yang telah diperkenalkan Intel dalam tahun 2017 lalu bagi meningkatkan prestasi komputer meja dan komputer riba pada harga yang lebih murah.

Pengguna mendakwa, mereka kerap berdepan isu kegagalan storan dan notifikasi menjengkelkan.

Masalah ini dilaporkan oleh para pengguna di laman rasmi komuniti    Intel dan Twitter.

Kepada pengguna yang menghadapi isu ini, Intel ada memberikan panduan bagi menangani masalah tersebut.

Bagi mereka yang belum membuat kemas kini pula, anda dinasihatkan supaya menangguhkan dulu mengemas kini Windows 10 komputer anda kepada versi terbaru buat masa ini.

Sumber: Windows Latest

Berkaitan