Fail data juga disembunyikan dari pengguna utamanya.
Tidak lama selepas Microsoft melepaskan kemas kini KB4532693 kepada pengguna Windows beberapa hari lalu, para pengguna telah mengadu bahawa nama profail mereka telah ditukar dengan sendirinya.
Malah fail-fail yang terdapat di dalam komputer mereka juga didapati dipindahkan ke dalam folder pengguna yang lain yang dinamakan sebagai .000 diakhir nama folder tersebut.
Salah seorang pengguna Windows 10 telah mengadukan perkara tersebut kepada pihak Microsoft.
"why has the latest windows update moved all my files into another user folder ending in .000?"
Microsoft melepaskan kemas kini kumulatif KB4532693 untuk pengguna Windows 10 versi 1909 yang secara umumnya, kandungan kemas kini tersebut adalah bagi meningkatkan ciri keselamatan Windows 10.
Berikutan masalah baru yang timbul ini, Microsoft memaklumkan mereka akan menyiasat isu tersebut.
"We are aware of the issue and are investigating the situation."
Sumber: Bleeping Computer
Berkaitan
- Kemas Kini Terbaru Untuk Pengguna Windows 10 v1903
- Microsoft Sahkan, Windows 11 Pasang Aplikasi HP Smart Tanpa Kebenaran Dan Namakan Semula Pencetak
- Penggodam Dakwa Curi 1 Bilion Data Rakyat China Dari Polis, Tawar Jual Data Pada Nilai 10 Bitcoin
- Pengguna Windows 7 Dan 8.1 Masih Berpeluang Menaik Taraf Kepada Windows 10 Secara Percuma
- Kemas Kini Terbaru Windows 10 Menyebabkan Masalah Pada Ciri "File Explorer "
- Ini 10 Permainan Percuma Dan Aplikasi Berbayar Paling Popular Di iPhone Dan iPad 2023
- Microsoft Akan Menamatkan Sokongan Perisian Office 2010 Pada Tahun Hadapan
- Kemas Kini Terbaru Windows 11 22H2 Menyebabkan Proses Salinan Fail Menjadi Lebih Lama
- Penemuan 2 Perisian Hasad Terbaru Menyerang Pengguna Windows
- 4 Cara Mudah Lajukan Muat Turun Dan Muat Naik Fail Di Windows 10