Kemas Kini Windows 10 KB4522355 Tetap Tidak Menyelesaikan Isu Sebelum Ini

Masalah Menu Start dan Search pada Windows 10 1903 berterusan.


Pada minggu lepas, Microsoft telah pun melepaskan kemas kini kepada pengguna Windows 10 v1903. Dalam kandungan kemas kini tersebut jelas menyatakan bagi memperbetulkan isu Menu Start dan ciri carian yang diadu oleh pengguna mereka sebelum ini.

  • Addresses an issue that causes Windows Search to close unexpectedly when a Group Policy applies sub-groups to the Start menu layout. 


Walaubagaimanapun, sekali lagi pengguna Windows 10 tersebut mengadukan bahawa kemas kini yang dilepaskan Microsoft itu didapati tetap tidak menyelesaikan masalah tersebut.

Mereka mengadu kemas kini kumulatif KB4522355 (OS Build 18362.449) masih menyebabkan isu pada Menu Start dan ciri carian Windows 10 v1903.

"Nope, didn't fix it...some previous update gave me back the ability to click Start menu again, but can't search within it still."

Kapsyen: Pengguna berdepan paparan isu yang sama selepas mereka mengemas kini Windows 10.


Sehingga kini pihak Microsoft belum respon dan memberikan penyelesaian kepada masalah tersebut.

Sepanjang tahun ini boleh dikatakan setiap kemas kini yang dilepaskan Microsoft telah menyebabkan pelbagai masalah kepada pengguna Windows 10 yang menyebabkan mereka naik berang dengan pihak Microsoft.

Sumber: Bleeping Computer

Berkaitan